Sunday, September 21, 2008

Jurnal (2) Praktikum

JURNAL REFLEKSI MINGGU KEDUA


Guru Besar telah berjumpa dengan kami dan berbincang tentang projek yang kami buat dan bengkel(latihan dalaman) yang akan diadakan. Beliau telah memerhatikan progran ‘Hotpotatoes’ secara ringkas dan memberi kebenaran untuk menjalankan program tersebut. Untuk itu kami telah menginstallkan program ‘hot potatoes’ dalam semua komputer yang ada dalam makmal komputer.
Tedapat komputer yang tidak dapat diinstallkan dan ada juga komputer yang tidak boleh digunakan. Ini menyebabkan semasa perkembangan staff dijalankan terdapat guru yang terpaksa kongsi komputer dengan guru lain.
Pada pukul 1.30 semua guru telah berkumpul di makmal komputer, termasuk GPK HEM, GPK 1 dan Guru Besar. Kami telah memperkenalkan perisian ‘hotpotatoes’ dan menerangkan kegunaannya untuk membina soalan. Guru-guru mempelajari program ini dengan begitu minat. Masing-masing membuat pelbagai jenis soalan dengan menggunakan program ini dan simpan dalam folder di komputer.
Satu lagi masalah yang kami sering hadapi adalah, kebisingan murid Tahun 5 Arif. Kelas 5 Arif ditempatkan di makmal komputer kerana tidak cukup klas disebabkan pembinaan. Walaupun ada guru di kelas, mereka begitu bising dan menjerit selepas menghantar kertas jawapan. Kami tidak tahan dengan kebisingan itu lalu menyuruh murid duduk dan mengasingkan murid yang membuat kacau. Keadaan dapat dikawal sehingga guru lain masuk.
Kami diberi ganti sewaktu untuk menjaga semasa ujian dijalankan. Apabila saya memasuki kelas itu, didapati mereka sedang membuat Ujian Agama. Terdapat murid yang selalu toleh ke belakang dan cakap dengan kawan. Saya tegur mereka dan suruh buat ujian sendiri. Selepas mengutip kertas jawapan saya berbincang dengan murid tentang kelakuan mereka tadi. Mereka mengatakan bahawa soalan tidak jelas dan mereka tidak faham apa yang ditanya.
Oleh sebab saya guru berbangsa India, mereka tidak mengemukakan masalah mereka kepada saya sebab saya tak faham agama. Saya sedar bahawa ini adalah kesilapan saya sndiri kerana saya sepatutnya memastikan murid semua tiada masalah dalam membuat ujian tersebut. Sekiranya ada masalah, saya boleh meminta bantuan dari guru agama supaya murid dapat menjawab soalan dengan baik.

Jurnal(1) -Praktikum

JURNAL REFLEKSI MINGGU PERTAMA



Minggu pertama, hari pertama kami telah menghadiri perhimpunan dimana perhimpunan telah dikendalikan oleh murid. Guru bertugas dan Guru Besar telah memberi ucap. Apa yang mengejutkan saya ialah murid di tapak perhimpunan langsung tidak memberikan perhatian / tumpuan pada guru yang berucap. Barisan murid tidak lurus, ada yang bercakap dengan kawan, main, membaling batu dan sebagainya.
Mereka Cuma balas untuk salaman sahaja. Guru yang berada situ pun tidak menegur murid. Selepas perhimpunan kami ditempatkan di makmal komputer kerana tidak cukup ruang di bilik guru. Makmal komputer digunakan sebagai bilik darjah kerana kerja-kerja pembinaan. Semasa kami duduk di makmal didapati kelas sentiasa bising kerana tiada guru yang masuk selalu.Pada hari pertama kami berdua diberi kelas ganti (Thn 3).
Bila kami masuk kelas itu, didapati tiada guru dan murid begitu bising dan main dalam kelas. Kelas tersebut mempunyai ramai murid kerana telah mencantumkan 2 buah kelas. Kami mengadakan satu pertandingan kuiz untuk mereka. Sungguh menghairankan, murid-murid itu begitu minat untuk menyelesaikan masalah yang diberi dan langsung tiada kebisingan. Kami amat gembira kerana dapat control kelas itu dan menyediakan situasi yang menggembira bagi murid-murid.
Dengan ini saya rasa murid, tidak bertanggungjawab sekiranya kelas berada dalam keadaan kucar-kacir dan bising. Jika mereka diberi tugas yang sesuai dan sepatutnya makan mereka akan menumpukan perhatian dalam kerja yang diberi.
Pada keesokan harinya kami diminta membuat satu projek untuk sekolah. Kami pun bersetuju untuk membuat profil sekolah. Kami menghadapi masalah dalam mengumpul maklumat sekolah dari guru-guru. Oleh sebab sekolah tersebut sedang dibina, maka boleh dikatakan banyak fail mengenai maklumat sekolah tidak disimpan atau dihilangkan.Ini menyebabkan kami sukar untuk mendapatkan maklumat sekolah untuk menyiapkan profil sekolah. Didapati sekolah tersebut tidak menyediakan takwim sekolah pun. Walau bagaimana pun kamitanpa berputus asa, berjumpa dengan guru-guru berkenaan untuk mengumpul maklumat yang diperlukan.
Selain itu kami juga menghadapi masalah untuk berjumpa guru-guru berkenaan. Ini adalah kerana kami diberi tempat di makmal komputer yang terdapat di blok lain di paras bawah. Dimana bilik guru pula terletak di tingkat satu blok lain. Kami terpaksa ulang alik dari makmal komputer ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru berkenaan.

Thursday, September 18, 2008

Mengapa perlukan senaman

Kenapa Orang Bersenam?
Senaman boleh meningkatkan penghantaran oksigen ke seluruh badan, menguatkan jantung, membina kekuatan dan daya tahan otot, mengurangkan lemak dan menguatkan jisim tulang dan sendi. Tidak ada yang terlalu tua atau muda untuk bersenam. Senaman ialah untuk semua dan senaman adalah asas kesihatan. Terdapat pelbagai cara untuk bersenam bergantung kepada kemampuan dan keinginan anda. Kebanyakan orang bersenam kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar.
Berapa banyak anda perlu bersenam?
Untuk mendapat faedah dari senaman yang dilakukan anda perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu selama 20 hingga 30 minit setiap sesi. Penemuan terbaru menyatakan, anda juga boleh menikmati faedah-faedah kesihatan sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti fisikal yang sederhana seperti melakukan kerja-kerja rumah atau berjalan kaki selama 10 minit setiap kali tanpa henti, sebanyak tiga kali sehari dan dilakukan 5 kali seminggu. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti ini anda sudah memenuhi kehendak senaman.

Nasihat Perubatan
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan aktiviti senaman anda, terutamanya jika anda:
Lelaki berumur 35 tahun ke atas atau wanita 40 tahun ke atas.
Memiliki berat badan berlebihan sebanyak 7 kg ke atas.
Tidak jelas kedudukan kesihatan anda.
Memiliki sejarah perubatan atau sedang dalam rawatan
Tidak pernah bersenam untuk beberapa waktu atau tidak melakukannya secara tekal. Anda tidak perlu melakukan senaman yang lasak untuk menjadi cergas. Pilih senaman mengikut kemampuan anda. Berjalan kaki adalah antara yang terbaik dan selamat jika dilakukan dengan betul.

Garis Panduan Kecergasan Anda
Kajian kebelakangan ini telah menunjukkan bahawa kaedah senaman yang terbaik ialah dengan memilih aktiviti yang sederhana intensitinya dan dipelbagaikan. Antaranya, seperti berjalan kaki, berenang, berbasikal dan senamrobik (impak yang rendah).

Kekerapan:
3-4 kali seminggu
Masa:
20-30 minit setiap sesi
Intensiti:
Pada intensiti yang sederhana. Intensiti senaman diukur mengikut berapa kuat anda melakukan aktiviti berkenaan. Intensiti yang tinggi boleh membawa kepada ketidakselesaan dan kecederaan. Ini perlu dielakkan.

Apakah yang dikatakan intensiti sederhana untuk anda?
Ada beberapa cara untuk menguji sama ada anda melakukan senaman pada kadar yang termampu oleh badan anda.
Ujian cakap:Cuba bercakap dengan orang lain atau diri anda sendiri ketika melakukan senaman. Jika anda dapat melakukannya dengan baik tanpa semput atau tercungap-cungap anda telah mencapai tahap yang sederhana intensitinya. Ujian ini tidak berkenaan jika anda menghidap penyakit paru-paru atau jantung.
Usaha yang ternampak:Dengan menggunakan skala gerakerja 0-10. Paras yang dianggap baik ialah antara 3-6 pada skala tersebut. Pada tahap berkenaan anda merasa lebih panas, bernafas agak cepat dan jantung anda berdenyut lebih pantas, tetapi anda tidak merasa apa-apa kesakitan. Ini menandakan anda telah berada di tahap yang baik. Sebarang kesakitan yang wujud adalah amaran untuk anda berhenti.
Kadar nadi:Intensiti yang sederhana akan meningkatkan kadar nadi anda kepad 60-80% dari kadar nadi maksima (menurun mengikut umur). Jika julat kadar nadi melebihi dari had teratasnya, jangan panik. Perlahankan aktiviti anda. Jika kurang, tingkatkan lagi aktiviti anda.

Bagaimana Mengira Julat Kadar Nadi
Tolak umur anda daripada 220.Sebagai contoh anda berumur 40 tahun. 220-40 = 180
Julat Kadar Nadi Had TerbawahDarabkan 180 dengan 0.6 iaitu 180x0.6 = 108
Julat Kadar Nadi Had TeratasDarabkan 180 dengan 0.8 iaitu 180x0.8 = 144

Monday, September 15, 2008

Praktikum

b) Apa yang telah dilalui sepanjang praktikum
Minggu pertama
Isnin – Jumpa dengan kerani dan seterusnya berjumpa dengan Guru Besar
SK Tambak Paya iaitu En.Zubir Bin Darois.
- Seterusnya berjumpa dengan PK1 dan menanyakan tentang tugas
yang perlu kami lakukan dalam 2 minggu ini. Beliau mengatakan
akan berbincang dan memberitahu kemudian.
- Kami telah menghadiri perhimpunan dimana perhimpunan telah
dikendalikan oleh murid.
- Guru bertugas dan Guru Besar telah memberi ucapan
- Apa yang mengejutkan saya ialah murid di tapak perhimpunan
langsung tidak memberikan perhatian / tumpuan pada guru yang
berucap.
- Barisan murid tidak lurus, ada yang bercakap dengan kawan, main,
membaling batu dan sebagainya.
- Mereka Cuma balas untuk salaman sahaja.
- Guru yang berada siti pun tidak menegur murid.
- Selepas perhimpunan kami ditempatkan di makmal komputer kerana
tidak cukup ruang di bilik guru.
bilik guru.
- Makmal komputer digunakan sebagai bilik darjah kerana kerja-kerja pembinaan.
- Semasa kami duduk di makmal didapati kelas sentiasa bising kerana tiada guru yang masuk selalu.
- Pada hari pertama kami berdua diberi kelas ganti (Thn 3).
- Bila kami masuk kelas itu, didapati tiada guru dan murid begitu bising dan main dalam kelas.
- Kelas tersebut mempunyai ramai murid kerana telah mencantumkan 2 buah kelas.
- Kami mengadakan satu pertandingan kuiz untuk mereka.
- Sungguh menghairankan, murid-murid itu begitu minat untuk menyelesaikan masalah yang diberi dan langsung tiada kebisingan.
- Kami amat gembira kerana dapat control kelas itu dan menyediakan situasi yang menggembira bagi murid-murid.





Selasa - Oleh sebab hari ini peperiksaan UPSR bermula, kami tidak dapat
berjumpa dengan GPK1 kerana beliau menjadi Ketua Pengawas
UPSR.
- Kemudian kami pergi berjumpa denga GPK HEM.
- Beliau memberi kebenaran kepada kami untuk membuat sesuatu projek di sekolah.
- Kami menyenaraikan maklumat yang perlu dikumpul untuk membuat projek itu.

Rabu - Kami berbincang dengan Guru Data sekolah mengenai projek
tersebut.
- Mengumpul sedikit maklumat daripada beliau seperti senarai nama
guru & staff lain dan gred.
- Kelas tahun 5 yang menumpang di makmal masih dalam keadaan
bising walaupun ada cikgu dalam kelas.
- Tiba-tiba terdengar bunyi bising seorang murid mengatakan ‘komputer terbakar’.
- Didapati sambungan wayar sebuah komputer telah terbakar dan mengeluarkan asap semasa salah seorang murid menggunakanya.
- Selepas peristiwa itu murid-murid diminta tutup suis komputer dan dilarang buka komputer untuk sehari.

Khamis - Pensyarah pembimbing telah melawat ke sekolah.
- Beliau memeriksa fail portfolio dan membincang tentang projek
(profile sekolah) yang akan kami buat.
- Beliau juga meminta kami supaya mengadakan kursus dalaman
untuk guru-guru sekolah itu.
- Program yang disyorkannya adalah “hotpotatoes’.

Jumaat - Kami berjumpa dengan guru PSS, guru data, GPK HEM dan
guru bertugas untuk mendapatkan maklumat yang lebih untuk
menyiapkan projek kami.
- Kami juga dapatkan gambar-gambar warga sekolah dari bilik
Guru Besar.
- Visi, Misi sekolah, carta-carta organisasi setiap bidang, lagu
sekolah, logo sekolah, pencapaian murid UPSR dan laiin-lain
maklumat telah dikumpulkan pada hari ini.


MINGGU KEDUA- (15.09 hingga 19.09)

Isnini - Perhimpunan pada pagi ini dibatalkan kerana Ujian Bulanan akan
dijalankan minggu ini.
- Guru Besar telah berjumpa dengan kami dan berbincang tentang
projek yang kami buat dan bengkel yang akan diadakan.
- Beliau telah memerhatikan progran ‘Hotpotatoes’ secara ringkas
dan memberi kebenaran untuk menjalankan program tersebut.
- Kelas di makmal komputer (5 Arif) begitu bising dan menjerit
selepas menghantar kertas ujian.
- Walaupun ada seorang guru di kelas ini, beliau langsung tidak
hiraukan kebisingan itu, mungkin sebab beliau tidak mengajar utk
kelas itu.
- Kami tidak tahan dengan kebisingan itu lalu menyuruh murid
duduk dan mengasingkan murid yang membuat kacau.
- Keadaan dapat dikawal sehingga guru lain masuk.
- Kami diberi ganti sewaktu untuk menjaga semasa ujian dijalankan.
- Apabila saya memasuki kelas itu didapati mereka sedang membuat
Ujian Agama.
- Terdapat murid yang selalu toleh ke belakang dan cakap dengan
kawan.
- Saya tegur mereka dan suru buat ujian sendiri.
- Selepas mengutip kertas jawapan saya berbincang dengan murid
tentang kelakuan mereka tadi.
- Mereka mengatakan bahawa soalan tidak jelas dan mereka tidak
faham apa yang ditanya. Oleh sebab saya guru berbangsa India
mereka tidak mengemukakan masalah mereka kepada saya sebab
saya tak faham agama.
- Saya sedar bahawa ini adalah kesilapan saya sndiri kerana saya
sepatutnya memastikan murid semua tiada masalah dalam
membuat ujian tersebut.
- Sekiranya ada masalah, saya boleh meminta bantuan dari guru
agama supaya murid dapat menjawab soalan dengan baik.


Selasa - Selepas menandatangani buku kedatangan kami menangkap
gambar-gambar sekolah, guru dan beberapa bilik khas.
- Selepas itu kami masing-masing mulakan kerja membuat profile
sekolah.

Rabu - Cuti sekolah sempena ‘Nuzul Quran’.

Saturday, September 13, 2008

Mengurangkan kolesterol








PANDUAN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTEROL DAN LEMAK



Pilihan Makanan Kurangkan makanan bergoreng , coklat, kek dan biskut. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih makanan hasil tenusu (dairy products) rendah lemak. Pilih makanan kekacang dan daging berikut Ayam, ikan, kacang soya Kurangkan pengambilan jenis-jenis kekerang, udang dan organ-organ dalaman. Kurangkan memakan kuning telur dan telur ikan. Gunakan minyak sayur-sayuran (kecuali minyak kelapa) Penyediaan Makanan Buang kulit dan lemak yang ternampak pada ayam dan daging sebelum dimasak. Kurangkan minyak semasa memasak. Bakar, kukus atau rebus makanan. Gantikan santan dengan susu kurang lemak semasa penyediaan makanan.
Rujuk dari :

keracunan makanan




KERACUNAN MAKANAN

Keracunan makanan merupakan sejenis gastroenteritis yang disebabkan oleh makanan yang telah dicemari racun, biasanya bakteria. Bergantung kepada jenis racun, kekejangan abdomen, demam, muntah dan cirit-birit akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 24 jam. Jika makanan telah dicemari bakteria, bakteria akan menghasilkan racun yang dikenali sebagai toksin. Toksin memberi kesan langsung pada lapikan usus dan menyebabkan peradangan. Ada pelbagai jenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan tetapi yang biasa didapati ialah salmonella, shigella, staphylococcus dan E.coli yang merupakan punca utama keracunan makanan di kalangan bayi, terutamanya bayi yang menyusu botol. Bagi keracunan makanan yang berpunca daripada bahan bukan bakteria, tanda penyakit juga timbul jika anak termakan bahan kimia, racun serangga atau beberapa jenis tumbuh-tumbuhan.

Adakah keadaan ini serius?
Bagi bayi, keadaan ini serius kerana tanda-tanda penyakit yang menyusuli boleh menyebabkan penyahhidratan.
Tanda-tanda
Kekejangan otot.
Demam.
Kerap membuang air besar. Tinja cair dan mungkin disertai darah, nanah atau mukus.
Muntah.
Otot-otot lemah dan badan berasa seram sejuk.
Hilang selera makan.

Apakah tindakan pertama?
Jika anak muntah dan mengalami cirit-birit, periksa suhu badan untuk menentukan sama ada anak demam.
Periksa tinja untuk menentukan sama ada terdapat darah atau nanah.
Biar anak baring di atas katil dan jangan beri sebarang makanan tetapi pastikan dia kerap diberi minum air yang dicampur secubit garam dan 5ml glukos.
Cuba tentukan makanan yang dimakan oleh anak yang telah menyebabkan timbulnya tanda-tanda penyakit.

Perlukah saya berjumpa doktor?
Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak muntah atau cirit-birit berterusan selama lebih enam jam dan keadaan ini tidak boleh dikawal melalui pemakanan cecair sahaja. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaan anak masih tidak pulih dalam tempoh 24 jam, atau anda mengesyaki anak telah minum racun serangga atau tumbuh-tumbuhan yang beracun. Bawa racun tersebut bersama-sama anda.


rujuk dari:






Wednesday, September 3, 2008

Selamat melayari blog pjk

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah satu matapelajaran yang perlu diberi keutamaan.