Sunday, September 21, 2008

Jurnal (2) Praktikum

JURNAL REFLEKSI MINGGU KEDUA


Guru Besar telah berjumpa dengan kami dan berbincang tentang projek yang kami buat dan bengkel(latihan dalaman) yang akan diadakan. Beliau telah memerhatikan progran ‘Hotpotatoes’ secara ringkas dan memberi kebenaran untuk menjalankan program tersebut. Untuk itu kami telah menginstallkan program ‘hot potatoes’ dalam semua komputer yang ada dalam makmal komputer.
Tedapat komputer yang tidak dapat diinstallkan dan ada juga komputer yang tidak boleh digunakan. Ini menyebabkan semasa perkembangan staff dijalankan terdapat guru yang terpaksa kongsi komputer dengan guru lain.
Pada pukul 1.30 semua guru telah berkumpul di makmal komputer, termasuk GPK HEM, GPK 1 dan Guru Besar. Kami telah memperkenalkan perisian ‘hotpotatoes’ dan menerangkan kegunaannya untuk membina soalan. Guru-guru mempelajari program ini dengan begitu minat. Masing-masing membuat pelbagai jenis soalan dengan menggunakan program ini dan simpan dalam folder di komputer.
Satu lagi masalah yang kami sering hadapi adalah, kebisingan murid Tahun 5 Arif. Kelas 5 Arif ditempatkan di makmal komputer kerana tidak cukup klas disebabkan pembinaan. Walaupun ada guru di kelas, mereka begitu bising dan menjerit selepas menghantar kertas jawapan. Kami tidak tahan dengan kebisingan itu lalu menyuruh murid duduk dan mengasingkan murid yang membuat kacau. Keadaan dapat dikawal sehingga guru lain masuk.
Kami diberi ganti sewaktu untuk menjaga semasa ujian dijalankan. Apabila saya memasuki kelas itu, didapati mereka sedang membuat Ujian Agama. Terdapat murid yang selalu toleh ke belakang dan cakap dengan kawan. Saya tegur mereka dan suruh buat ujian sendiri. Selepas mengutip kertas jawapan saya berbincang dengan murid tentang kelakuan mereka tadi. Mereka mengatakan bahawa soalan tidak jelas dan mereka tidak faham apa yang ditanya.
Oleh sebab saya guru berbangsa India, mereka tidak mengemukakan masalah mereka kepada saya sebab saya tak faham agama. Saya sedar bahawa ini adalah kesilapan saya sndiri kerana saya sepatutnya memastikan murid semua tiada masalah dalam membuat ujian tersebut. Sekiranya ada masalah, saya boleh meminta bantuan dari guru agama supaya murid dapat menjawab soalan dengan baik.

No comments: